Sila log masuk terlebih dahulu.

Cacar monyet serang Amerika Utara, Eropah

 Pihak berkuasa di Amerika Utara dan Eropah telah mengesan puluhan kes disyaki atau disahkan monkeypox atau cacar monyet sejak awal Mei yang sekali gus mencetuskan kebimbangan penyakit endemik di bahagian Afrika sedang menular cepat. Foto: Sumber internet.
Pihak berkuasa di Amerika Utara dan Eropah telah mengesan puluhan kes disyaki atau disahkan monkeypox atau cacar monyet sejak awal Mei yang sekali gus mencetuskan kebimbangan penyakit endemik di bahagian Afrika sedang menular cepat. Foto: Sumber internet.
A
A
A

MONTREAL - Pihak berkuasa di Amerika Utara dan Eropah telah mengesan puluhan kes disyaki atau disahkan monkeypox atau cacar monyet sejak awal Mei yang sekali gus mencetuskan kebimbangan penyakit endemik di bahagian Afrika sedang menular cepat.

Kanada adalah negara terbaharu melaporkan penyakit ini dan sedang menyiasat puluhan kes disyaki cacar monyet, selepas Sepanyol dan Portugas mengesan lebih 40 kes ini.

Setakat ini, Britain melaporkan sembilan kes sejak 6 Mei dan Amerika Syarikat mengesahkan kes pertamanya pada Rabu iaitu seorang lelaki di Massachusetts diuji positif virus tersebut selepas mengunjungi Kanada.

Penyakit yang akan pulih dalam tempoh beberapa minggu dan jarang menyebabkan kematian telah menjangkiti orang ramai di Afrika Tengah dan Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jarang berlaku di Amerika Utara dan Eropah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai kesihatan di United Kingdom (UK) dan Eropah susulan penularan wabak baharu ini.

"Kami benar-benar mahu memahami tahap cacar monyet di negara endemik...berapa banyak ia menular dan risiko terhadap mereka yang tinggal di sana serta risiko pengeksportan," kata ahli epidemiologi penyakit berjangkit Dr Maria Van Kerkhove semasa sidang akhbar pada Selasa.

Selain itu, WHO turut menyiasat bahawa banyak kes berlaku di kalangan golongan gay, biseksual.

"Kami sedang melihat penularan dalam kalangan lelaki melakukan hubungan seks dengan lelaki," kata Penolong Ketua Pengarah WHO Dr. Soce Fall pada sidang akhbar itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Info monkeypox atau cacar monyet

- Penyakit berjangkit disebabkan virus monkeypox berlaku pada haiwan dan manusia

-Gejala seperti demam, sakit kepala, sakit otot, rasa letih dan ruam kulit dan lepuh.

-Gejala berlangsung tempoh dua hingga empat minggu

-Merebak melalui gigitan atau luka haiwan, cecair badan, objek tercemar atau kontak rapat dengan individu dijangkiti

-Penyakit ini hampir sama dengan chikenpox atau demam campak