Sila log masuk terlebih dahulu.

Feri terkandas dua hari, penumpang KM Sirimau gesa dipindahkan

Feri KM Sirimau yang terkandas cuba ditarik oleh kapal lain di perairan Ile Ape, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur pada Rabu lalu. - Foto Pejabat Pencarian dan Pertolongan Maumere
Feri KM Sirimau yang terkandas cuba ditarik oleh kapal lain di perairan Ile Ape, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur pada Rabu lalu. - Foto Pejabat Pencarian dan Pertolongan Maumere
A
A
A

JAKARTA - Penumpang Kapal Motor (KM) Sirimau yang terkandas di perairan Ile Ape, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT) sejak dua hari lalu mulai berang dan minta dipindahkan selepas kerja-kerja menarik feri masih gagal dilakukan.

Feri yang membawa 784 penumpang dan 55 anak kapal itu tidak bocor, tetapi terkandas di perairan cetek itu pada petang Selasa lalu.

Ketika dihubungi melalui telefon oleh Kompas.com, seorang penumpang feri tersebut yang mahu dikenali sebagai Itha mengaku terdapat seorang lagi penumpang lelaki yang sedang marah dan meminta kerja-kerja pemindahan penumpang dilakukan.

"Dia sudah tidak mahu feri itu ditarik lagi. Sudah dua hari tarik tetapi tidak ada hasil," katanya seperti dilaporkan oleh Kompas.

Ketua Operasi Pelayaran National Indonesia (Pelni) Lembata, Agus Koten menyatakan, pihaknya masih menunggu daripada Pelni pusat berhubung perpindahan penumpang feri tersebut.

Proses penarikan feri oleh kapal KM Gandha Nusantara 14 dari kawasan perairan cetek itu gagal dilakukan kerana ia tidak mampu menarik KM Sirimau.

Feri itu juga membawa pulang dua jenazah pekerja imigran Indonesia dari Malaysia iaitu Benedic M Boro, 42, dan Marselinus Seto, 50.

Ketua Kepolisian Flores Timur, AKBP I Gede Ngurah Joni Mahardika yang mengesahkan perkara itu berkata, Benedic dari Kecamatan Nangapanda manakala Marselinus dari Kecamatan Ende Utara. - Agensi

Artikel Berkaitan: