Sila log masuk terlebih dahulu.

Piala Cabaran Milo: JSA United muncul juara di laman sendiri

Para pemain JSA United meraikan kejuaraan mereka selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim menerusi penentuan sepakan penalti
Para pemain JSA United meraikan kejuaraan mereka selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim menerusi penentuan sepakan penalti
A
A
A

JSA United mencipta sensasi di depan penyokong sendiri apabila muncul juara edisi sulung Piala Cabaran MILO 2022 yang berlangsung di Arena JSA, Setia Alam pada Ahad.

Pasukan tuan rumah itu menafikan hasrat Johor Darul Ta’zim menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 pada perlawanan akhir yang berlangsung di hadapan lebih 5 ribu penonton.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa perlawanan sebenar dengan menyaksikan mereka saling bertukar serangan meskipun beraksi di dalam cuaca hujan lebat.

Mengulas kejayaan bermakna JSA United, ketua jurulatihnya, Lafizulnizam Abd Latip berkata, pujian harus diberikan kepada para pemain kerana mereka konsisten sepanjang tiga hari kejohanan.

“Mereka sangat konsisten di dalam padang. Para pemain juga melaksanakan tugas seperti yang dirancang dan begitu berdisiplin di dalam merencana taktikal meskipun beraksi ketika hujan lebat,” ujarnya.

Beliau juga mengakui beraksi di laman sendiri merupakan satu kelebihan buat anak buahnya yang sering berlatih di padang milik Akademi JSA itu.

Dalam pada itu, pemilik bersama Akademi JSA, Steven Lim mengucapkan syabas kepada para pemenang.

"Sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung, ramai pemain yang berbakat dan berpotensi telah dikenal pasti. Saya percaya, mereka mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi kategori bawah-14 tahun menyaksikan skuad bawah-14 tahun Johor Darul Ta’zim mengubat duka kem abang selepas menewaskan TSS Selangor Yellow dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain lincah, Izham Aiman untuk pulang selaku juara.

Sebanyak 12 pasukan terbaik setiap kategori yang telah berjaya mara ke peringkat kalah mati Piala Cabaran MILO akan berentap pula dalam Liga Juara-Juara MILO yang bakal dilangsungkan pada Julai dan September tahun ini.

KEPUTUSAN PENUH:

U17 CUP– JDT 0-0 JSA United (JSA United menang 6-5 sepakan penalti)

U14 CUP– JDT 1-0 TSS Selangor Yellow

U12 CUP – TSS Selangor Yellow 2-0 Stylo Mylo

U10 CUP– JSA United 1-0 Perdana United

U8 CUP– ATPP Panther 2-0 Young Tiger