X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Selangor peruntuk RM1.5 juta laksana insentif Haji Muassasah

Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor pada tahun ini selepas tertangguh sejak dua tahun lalu akibat Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan kerajaan negeri yang dapat memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji.

Menurutnya, insentif tahun kelima itu membolehkan bakal jemaah menerima wang tunai sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM500 erta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah.

"Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula Isnin ini hingga 31 Ogos depan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, bakal jemaah haji berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

"Insentif Haji Muassasah Selangor ini adalah satu lagi usaha kerajaan negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu Allah yang terpilih," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!