Tuchel mahu proses ambil alih Chelsea disegerakan

Thomas Tuchel. - Foto PA
Thomas Tuchel. - Foto PA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel berharap proses pengambilalihan kelab itu akan dilaksanakan secepat mungkin.

Menurut Tuchel, kelewatan pengambilalihan itu dilihat akan menjejaskan persiapannya untuk membina skuad yang lebih ampuh bagi mengharungi musim depan.

“Kami sangat terkesan dengan situasi yang melanda Chelsea ketika ini. Dengan beberapa pemain yang meninggalkan kelab, kami perlu mencari pengganti bagi membina semula pasukan.

“Jadi saya harap apa yang kami dengar mengenai proses pengambilalihan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Chelsea sebelum ini bersetuju dengan syarat untuk penjualan kelab itu kepada kumpulan pemilikan yang diketuai oleh Todd Boehly, Clearlake Capital, Mark Walter dan Hansjorg Wyss pada harga £4.25 (RM23.14 bilion) pada awal bulan ini.

Pengambilalihan itu, yang menjanjikan pelaburan sebanyak £1.75 bilion (RM9.53 bilion) ke dalam kelab itu, dijangka selesai akhir bulan ini.

Bagaimanapun, beberapa laporan media memberitahu Roman Abramovich boleh menggagalkan perjanjian itu dengan menolak struktur penjualan.

Dalam pada itu, Tuchel turut melaungkan bahawa beliau akan memberi komitmen sepenuhnya kepada Chelsea apabila mengesahkan dia akan kekal bersama pasukan itu pada musim hadapan

"Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan berada di sini - jika itu saya boleh janjikan. Saya akan berada di sini dengan penuh bertenaga dan positif,” katanya.