X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

30.4 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 1,079,745 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat Rabu. - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,079,745 atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat Rabu.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,653,491 kanak-kanak atau 46.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,702 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,003,996 atau 96.5 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,071,981 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,916 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,247,755 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 10,981 dos vaksin Covid-19 diberikan pada Rabu melibatkan 3,254 dos pertama, 5,266 dos kedua dan 2,461 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,722,028.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu, masing-masing satu kes di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak manakala tiga di Pulau Pinang. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!