Kekalahan perit bagi Rangers

Pemain Rangers kecewa selepas tewas pada perlawanan akhir Liga Europa menentang Frankfurt.
Pemain Rangers kecewa selepas tewas pada perlawanan akhir Liga Europa menentang Frankfurt.
A
A
A

MESKIPUN mengakui kekalahan pada perlawanan akhir Liga Europa menentang Frankfurt sangat memeritkan, namun pengendali Rangers, Giovanni van Bronckhorst tetap memuji persembahan ditampilkan anak buahnya pada perlawanan itu.

Jurulatih kelahiran Belanda itu berharap anak buahnya dapat melupakan kekecewaan itu dengan segera dan memberi fokus sepenuhnya pada perlawanan seterusnya yang dilihat bakal menjadi 'ubat' buat mereka sekiranya berjaya memenangi gelaran liga.

“Saya tidak boleh salahkan pemain sepenuhnya atas kekalahan ini. Mereka telah memberi aksi yang sangat baik. Benar ia sangat menyakitkan apabila kalah pada penentuan sepakan penalti. Bagaimanapun saya berharap pemain-pemain dapat melupakan kekecewaan itu dengan segera.

“Kami ada perlawanan sangat penting selepas ini yang akan jadi penentu untuk memenangi piala musim ini,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Rangers tewas 4-5 kepada Frankfurt apabila perlawanan terikat 1-1 selepas tamat tempoh masa sebenar.

Penyerang Frankfurt, Rafael Borre menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk melengkapkan musim menakjubkan Frankfurt selepas Aaron Ramsey dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit akhir masa tambahan.