X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Treler bawa tepung terbalik, pemandu maut tersepit

Keadaan sebuah treler membawa muatan tepung yang terbalik di Kilometer 24 JRTB dekat Gerik pada Khamis.
A
A

GERIK - Sebuah treler 20 tan membawa muatan tepung terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu telah mengakibatkan pemandu treler dikenali Adzri Mat, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindannya, cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 7.38 pagi melibatkan dua mangsa.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik yang tiba di lokasi mendapati, treler terbabit terbalik ke bahu jalan dipercayai akibat hilang kawalan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan keselamatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

"Mangsa telah diserahkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat pada jam 9.55 pagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!