180 kes hepatitis akut babitkan kanak-kanak dilaporkan di AS

Seramai 180 kanak-kanak di Amerika Syarikat dilaporkan menghidap hepatitis akut setakat pada Rabu. - Gambar hiasan/Foto: AFP
Seramai 180 kanak-kanak di Amerika Syarikat dilaporkan menghidap hepatitis akut setakat pada Rabu. - Gambar hiasan/Foto: AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Seramai 180 kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menghidap hepatitis akut setakat pada Rabu, memetik kemas kini terbaru Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Jumlah baharu itu adalah peningkatan sebanyak 71 kes berbanding 109 kes yang dilaporkan CDC pada 5 Mei, lapor Xinhua.

Namun, tiada kematian dilaporkan sejak Februari 2022 dan pesakit kanak-kanak yang memerlukan pemindahan hati telah menurun daripada 15 peratus kepada sembilan peratus sejak 5 Mei.

Menurut CDC, masih belum dapat dipastikan punca penyakit ini meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

Pada 21 April, CDC telah mengeluarkan amaran kesihatan mengenai penyakit ini. - Bernama