AS buka semula kedutaannya di Ukraine

Amerika Syarikat membuka semula kedutaannya di Ukraine pada Rabu. Foto: EPA
Amerika Syarikat membuka semula kedutaannya di Ukraine pada Rabu. Foto: EPA
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Ukraine, kata Setiausaha Negara, Antony Blinken pada Rabu, tiga bulan selepas kedutaan itu menghentikan operasinya.

"Hari ini secara rasmi kami menyambung semula operasi di Kedutaan AS di Kyiv," kata Blinken dalam satu kenyataan di laman sesawang Jabatan Negara, lapor Xinhua.

Beliau berkata, AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

AS sudah mengambil langkah keselamatan tambahan untuk memastikan kakitangan kedutaan dapat kembali bertugas dengan selamat, katanya.

Kedutaan AS di Kyiv ditutup pada 14 Februari lalu, 10 hari sebelum Rusia melancarkan operasi ketenteraan khasnya di Ukraine. - Bernama