Frankfurt juara Liga Europa

Frankfurt dinobat sebagai juara Liga Europa selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1980.
Frankfurt dinobat sebagai juara Liga Europa selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1980.
A
A
A

EINTRACHT Frankfurt dinobatkan sebagai juara Liga Europa selepas menewaskan Rangers menerusi sepakan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Tonggak serangan Frankfurt, Rafael Borre menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk melengkapkan musim menakjubkan Frankfurt selepas Aaron Ramsey yang dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit akhir masa tambahan.

Terdahulu Borre turut menjaringkan gol penyamaan buat Frankfurt selepas pemain tengah Joe Aribo terlebih dahulu meletak Rangers di hadapan pada minit ke-57.

“Kami semua adalah wira. Tanpa penyokong kami tidak akan berjaya,” kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.

Dalam pada itu, pengendali Frankfurt, Oliver Glasner memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya yang berjaya memenangi trofi Eropah tanpa kalah pertama selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1980.

“Kami mengharungi 13 perlawanan di Eropah musim ini dan tidak pernah tewas. Sukar untuk menggambarkan usaha keras pemain-pemain ini dengan kata-kata.

"Semua orang memainkan peranan dan ia hanya dapat dilakukan dengan semangat begini. Kami akan meraikan kejayaan ini untuk beberapa hari," kata Glasner.