Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Pemandu BMW lagak samseng dicari polis

Tular video berdurasi dua minit 50 saat yang memaparkan sebuah kereta BMW bertindak samseng di jalan raya dengan menekan brek secara mengejut untuk menahan sebuah lori pada Isnin.
Tular video berdurasi dua minit 50 saat yang memaparkan sebuah kereta BMW bertindak samseng di jalan raya dengan menekan brek secara mengejut untuk menahan sebuah lori pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang memandu secara berbahaya dalam kejadian di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, aksi pemandu berkenaan dimuat naik menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi.

"Siasatan awal mendapati, kereta BMW berwarna putih itu brek secara mengejut beberapa kali dan sengaja berhenti di lorong kiri serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

"Dipercayai suspek bertindak demikian untuk menahan sebuah lori seperti dipaparkan dalam video tular berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung video tersebut, namun siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak ditalian 019-4475767," katanya.

Pada Isnin, tular video berdurasi dua minit 50 saat yang memaparkan sebuah kereta bertindak samseng di jalan raya dengan menekan brek secara mengejut untuk menahan sebuah lori.

Video aksi pemandu berkenaan dimuat naik menerusi Facebook.

Artikel Berkaitan: