X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Gantung lesen pemandu lakukan kesalahan trafik berulang

Lee Lam Thye
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta supaya mempertimbangkan pelaksanaan larangan terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan trafik secara berulang daripada memandu kenderaan berat bagi tempoh tertentu.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, larangan tersebut perlu membabitkan kesalahan pemanduan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan pemanduan melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

“Jika individu tersebut didapati terima banyak saman, contohnya melebihi 10 saman berkaitan pemanduan berbahaya dalam tempoh setahun, jadi tindakan yang dicadangkan adalah gantung lesen individu berkenaan, misalnya selama dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis selepas Terowong Menora hingga mengorbankan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu memiliki 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis selepas Terowong Menora hingga mengorbankan lima penuntut USAS pada 12 Mei lalu memiliki 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Media baru-baru ini melaporkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis selepas Terowong Menora hingga mengorbankan lima penuntut USAS pada 12 Mei lalu memiliki 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurut laporan, lapan daripada saman tersebut melibatkan kesalahan pandu laju, manakala sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, usaha bagi menangani isu kemalangan membabitkan kenderaan berat dan keselamatan jalan raya di Malaysia secara umumnya memerlukan kerjasama serta peranan daripada semua pihak.

Jelas beliau, ia termasuk syarikat penghantaran yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh undang-undang bagi memastikan pemandu di bawahnya berada dalam keadaan selamat dan layak untuk menjalankan tugas.

“Selain itu, syarikat perlu memastikan pemandu mereka itu tidak diletakkan di bawah satu keadaan yang boleh mengancam keselamatan mereka dan pengguna jalan raya,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!