Badminton berpasukan raih perak Sukan SEA Hanoi 2021

Shun Yang terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking ke-45 dunia dari Thailand, Khosit Petphradab apabila tewas pada dua set 13-21, 19-21 setelah bermula baik pada set pertama dengan kemenangan 21-16.
Shun Yang terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking ke-45 dunia dari Thailand, Khosit Petphradab apabila tewas pada dua set 13-21, 19-21 setelah bermula baik pada set pertama dengan kemenangan 21-16.
A
A
A

SKUAD badminton lelaki negara meraih pingat perak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas 0-3 kepada Thailand bagi acara berpasukan akhir di Gimnasium Bac Giang, pada Rabu.

Setelah mengejutkan Singapura 3-2 pada aksi separuh akhir pada Selasa, skuad badminton negara dilihat gagal meneruskan momentum kemenangan setelah menerima tentangan sengit daripada Thailand.

Pada aksi perseorangan pertama negara, Kok Jing Hong tewas 10-21, 15-21 kepada jaguh Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Setelah tewas 10-21 di set pertama, Jing Hong dilihat mula bangkit memberikan tentangan kepada Kunlavut pada set kedua bagaimanapun pemain ranking ke-18 dunia itu menggunakan pengalamannya untuk menewaskan Jing Hong.

Gandingan beregu pertama negara, Tee Kai Wun-Man Wei Chong kemudiannya berjaya memberikan tentangan sengit kepada beregu Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Nathakarn Yordpaisong sebelum tewas 20-22, 20-22.

Pemain perseorangan ketiga negara, Lee Shun Yang turut berdepan nasib yang sama apabila tewas 21-16, 13-21, 19-21 kepada Khosit Petphradab

Biarpun memenangi set pertama 21-16, namun Shun Yang kemudiannya terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking ke-45 dunia itu apabila tewas pada dua set berikutnya untuk skuad badminton negara meraih pingat perak pada Sukan SEA kali ini.