X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Warga emas meninggal dunia di puncak gunung

Mior Faridalathrash
A
A

IPOH - Seorang lelaki berusia 66 tahun meninggal dunia selepas mengalami keletihan ketika mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali di sini pada Rabu.

Ia adalah kejadian terbaharu melibatkan kematian pendaki di negeri ini selepas dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lokasi kejadian terletak kira-kira lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu, Hulu Kinta di sini.

"Sekumpulan 14 individu termasuk tiga wanita memiliki kebenaran memasuki hutan simpanan kekal telah menjalankan aktiviti itu, namun mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur itu dikatakan mengalami keletihan lalu meninggal dunia di puncak gunung.

"Disebabkan tiada liputan telekomunikasi, ahli kumpulan terbabit mengambil keputusan untuk turun dan melaporkan kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi menurunkan mayat mangsa diselaraskan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

"Dengan mengambil kira faktor bentuk muka bumi dan keadaan cuaca yang mencabar di lokasi kejadian, pihak JBPM akan mendapatkan bantuan Unit Udara untuk mengeluarkan mayat mangsa pada Khamis.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut (SDR) telah dibuka untuk menyiasat kejadian ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!