X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Puripol, Kayla raja dan ratu pecut Asia Tenggara

Pelari pecut lelaki negara Muhammad Arsyad Md Saat beraksi dalam pusingan akhir 100 meter lelaki pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. Muhammad Arsyad sekadar menduduki tempat keenam. Foto Bernama
A
A

[DIKEMASKINI] ATLET Thailand, Puripol Boonson ditabalkan Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu apabila memenangi acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Rabu.

Atlet berusia 16 tahun itu yang juga digelar 'Thai Wonderkid' mencatat masa 10.44 saat bagi memenangi pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA kali ini.

Untuk rekod, Purapol turut memenangi emas bagi acara 200 meter dengan catatan 20.37 saat yang juga rekod baharu Sukan SEA bagi acara berkenaan.

Dalam acara berkenaan juga, atlet negara, Muhammad Arsyad Md Saad terpaksa berpuas hati apabila menamatkan larian pada tempat keenam.

Bagaimanapun hasrat untuk menyaksikan atlet negara Muhammad Azeem Fahmi yang juga digelar 'Usain Bolt Malaysia' berentap dengan Puripol tidak kesampaian setelah atlet berusia 18 tahun itu disingkirkan daripada perlumbaan kerana melakukan 'foul start.'

Sementara itu bagi acara 100 meter wanita, atlet pecut Filipina Kayla Richardson muncul ratu pencut baharu Asia Tenggara apabila memenangi emas bagi acara berkenaan.

Dua pelari negara, Azreen Nabila Alias dan Zaidatul Husniah Zulkifli masing-masing menamatkan acara berkenaan pada kedudukan ketujuh dan kelapan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!