Seludup empat ekor kambing dalam lori

Tindakan seorang lelaki menyeludup empat ekor kambing bernilai RM3,000 yang dimuatkan di dalam sebuah lori gagal selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Kampung Pohon Tanjong, Jeram Perdah, Rantau Panjang pada Selasa.

A
A
A

RANTAU PANJANG - Tindakan seorang lelaki menyeludup empat ekor kambing bernilai RM3,000 yang dimuatkan di dalam sebuah lori gagal selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Kampung Pohon Tanjong, Jeram Perdah di sini pada Selasa.

Lelaki berkenaan ditahan pada jam 7.30 malam di kawasan Op Wawasan Kelantan.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Deputi Superintendan Ismail Sidek berkata, semasa melakukan rondaan anggota PGA bertugas telah ternampak sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas kemudian telah menghampiri lori tersebut untuk membuat pemeriksaan dan menemui empat ekor kambing didalamnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, lelaki berkenaan yang merupakan pemandu lori itu kemudian gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkait dengan kambing tersebut.

Ismail berkata, kesemua rampasan termasuk lori dan pemandu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

"Kes telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut dan disiasat bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953," katanya.