Australia, Kanada kenakan sekatan ke atas warga Rusia

Kanada mengumumkan larangan kemasukan ke negara itu bagi kira-kira 1,000 warga Rusia termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin. - Foto Reuters
Kanada mengumumkan larangan kemasukan ke negara itu bagi kira-kira 1,000 warga Rusia termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - [DIKEMAS KINI] Australia menyenaraikan beberapa wartawan dan penjawat awam dari Rusia ke dalam senarai sekatannya.

Mereka termasuk Ketua Pengarah Agensi Maklumat Antarabangsa Rossiya iaitu Segodnya Dmitry Kiselev, Timbalan Pengarah Pertama FSB Sergey Korolyov, Pengarah Urusan RT Alexey Nikolov dan pemangku Menteri Situasi Kecemasan Alexander Chupriyan, menurut dokumen Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia (DFAT).

Pewarta perang televisyen national dan Syarikat Penyiaran Radio (VGTRK) All-Russian Yevgeny Poddubny dan hos Channel One Mikhail Leontyev juga berada dalam senarai itu, lapor Sputnik.

Senarai itu juga termasuk syarikat tentera swasta Wagner dan dua syarikat dari Belarusia.

Langkah itu turut menjejaskan ahli parlimen Ukraine, Ilya Kiva, yang dilucutkan mandatnya kerana menyokong operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine, dan bekas ahli parlimen Ukraine Taras Kozak.

Sementara itu di TORONTO, Kanada mengumumkan larangan kemasukan ke negara itu bagi kira-kira 1,000 warga Rusia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin ke negara itu susulan konflik di Ukraine, kata Menteri Keselamatan Awam Marco Mendicino, lapor Sputnik.

"Susulan serangan rejim Putin, Kanada menyokong Ukraine dan kami akan memastikan Rusia bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan.

"Itu membuatkan kami bertindak mengenakan sekatan kemasukan terhadap kira-kira 1,000 warga Rusia termasuk Putin dan rakan sejenayahnya daripada memasuki Kanada," kata Mendicino pada Selasa.

Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine sebagai tindak balas kepada permintaan Donetsk dan Luhansk untuk melindungi mereka daripada serangan tentera Ukraine.

Sebagai tindak balas, Kanada, Amerika Syarikat dan sekutunya telah mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Rusia. - Bernama