X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Perhilitan siasat kelibat buaya di Sungai Perak

Tangkap layar kelibat buaya dilihat di Sungai Perak berhampiran pembinaan jambatan Bagan Datuk ke Sejagop. (Gambar kecil: Yusoff)
A
A

BAGAN DATUK - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan memantau lokasi Sungai Perak berhampiran pembinaan jambatan Bagan Datuk ke Sejagop selepas tularnya video orang awam ternampak seekor haiwan dipercayai buaya pada Selasa.

Rakaman video berdurasi 12 saat itu menunjukkan kelibat replitia berkenaan yang sedang berenang berhampiran jambatan tersebut.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, tiada laporan rasmi diterima daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kehadiran reptilia itu.

"Meskipun tiada laporan, saya meminta kakitangan untuk menyiasat mengenai perkara itu di lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat, sungai yang mempunyai kelebaran 1.53 kilometer itu merupakan habitat asal bagi reptilia terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurutnya, orang ramai terutama nelayan darat diingatkan untuk tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan liar selain melaporkan penemuan itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!