Minta suapan RM80,000: Penolong jurutera direman empat hari

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penolong jurutera di sebuah agensi kerajaan direman empat hari bermula pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki itu dikatakan telah meminta suapan bagi membantu untuk mendapatkan kerja-kerja pembaikan sebuah sekolah di satu daerah di Selangor.

Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM Selangor setelah menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu lain di sebuah restoran di Bangi kira-kira jam 4 petang pada Selasa. - Bernama