Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelantikan Tajuddin dapat persetujuan Indonesia

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tajuddin juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.

"Dia orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat, Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Mengulas mengenai kritikan daripada pelbagai pihak berhubung pelantikan tersebut, Ismail Sabri berkata sesiapa sahaja berhak melakukannya.

"Sesiapa pun yang dilantik, bukan semua orang puas hati," katanya.

Pelantikan Tajuddin itu sekali gus menyaksikan ahli politik dilantik sebagai duta yang lazimnya diisi oleh golongan diplomat.

Sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Artikel Berkaitan:

Tajuddin, 74, pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Presiden Joko Widodo pada November lalu.

Ketika ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq bagi mengetuai anggota kedutaan negara di sana.