Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas Sabah kekal bersama GRS

Aliakbar ketika hadir pada Program Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya pada Rabu.
Aliakbar ketika hadir pada Program Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pas Sabah kekal berada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan terus menyokong kerajaan GRS-Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, pihaknya masih berpegang kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama GRS pada 2020.

"Kita tidak ada lagi sebarang perubahan daripada persefahaman yang sudah ditandatangani bersama.

"Jadi kita masih memegang pada memorandum itu dan masih menyokong GRS yang ada sekarang ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Program Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kedudukan Pas dalam GRS selepas gabungan itu secara rasminya dibentuk bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), manakala BN kekal sebagai rakan sekutu GRS.

Aliakbar eliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik di Sabah menegaskan, walaupun belum ada pertemuan rasmi dengan Hajiji yang juga Pengerusi GRS, namun Pas Sabah meletakkan memorandum itu sebagai asas dalam kerjasama dengan gabungan terbabit.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut hubungan kerjasama Pas di peringkat nasional dengan UMNO, beliau menegaskan bahawa Muafakat Nasional 'tidak mati'.

"Kita masih akan cuba mengekalkan sedaya upaya bersama Perikatan Nasional (PN) dan kekal bersama MN.

"Jadi saya sebagai pimpinan Majlis Tertinggi Pas Pusat melihat itu sebagai suatu kriteria yang terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jadi kita kekalkan PN dan perkukuhkan MN.

"MN tidak mati, masih lagi kekal dan kita berprinsip seperti mana Pas Pusat putuskan yang terkini kita akan terus mencari jalan untuk bekerjasama dengan MN dan terus berbincang untuk perbaiki mana yang kurang," katanya.

Artikel Berkaitan: