X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Guru di Besut sumbang 107 beg darah sempena Hari Guru

Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut 2022 yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah, di Besut.
A
A

BESUT - Warga pendidik di Besut mengambil inisiatif menderma darah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut 2022 Selasa lalu.

Kesungguhan mereka berjaya mengumpul sebanyak 107 beg darah melalui program yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah membabitkan guru, kakitangan pentadbiran sekolah dan pelajar Tingkatan Enam.

Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya berkata, seramai 178 peserta mendaftar dalam tetapi hanya 107 orang sahaja yang layak menderma atas faktor tertentu.

"Ia merupakan satu pencapaian membanggakan berbanding 63 beg darah yang kita kumpul dalam program sama pada tahun lepas," katanya di sini pada Rabu.

Antara peserta yang menderma darah dalam Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut 2022.
Antara peserta yang menderma darah dalam Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut 2022.

Menurut Abdullah Zawawi, program kali kedua itu hasil kerjasama Bank Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan sambutan diterima dari warga pendidik daerah ini begitu membanggakan.

Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut mengambil inisiatif itu sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan darah khususnya kes melibatkan kecemasan seperti kemalangan.

"Selain tugas hakiki kami mendidik anak-anak berjaya dan mencapai impian masing-masing, ini juga sebahagian sumbangan ikhlas para guru kepada masyarakat. Konsep satu keluarga satu hasrat untuk menjiwai kecemerlangan merupakan nadi kejayaan program ini.

"Saya berterima kasih kepada semua penyumbang dan melihat hasil positif, kita akan meneruskan program ini pada masa akan datang dalam usaha membantu insan-insan yang memerlukan pemindahan darah," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!