X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Liverpool terus tekan Manchester City

Para pemain Liverpool meraikan jaringan pendahuluan Minamino ketika menentang Southampton di St Mary's.
A
A

JARINGAN Takumi Minamino dan Joel Matip memastikan pemburuan kejuaraan Liverpool terus segar setelah menewaskan Southampton 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.

Pada perlawanan di Stadium St Mary's itu bagaimanapun Liverpool terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-13, selepas Nathan Redmond meletakkan The Saints di depan selepas menterjemahkan sentuhan Nathan Tella.

Tersentak jaringan itu anak buah Jurgen Klopp kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Minamino pada minit ke-27 until kedudukan 1-1 babak pertama.

Bersambung babak kedua, Matip menjadi sumber inspirasi The Reds apabila menjadi duri dalam daging buat skuad pimpinan Ralph Hasenhüttl apabila meledak jaringan kedua pasukannya seterusnya gol kemenangan pada minit ke-67.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool kini mengumpul 89 mata satu mata di belakang pendahulu yang juga penyandang juara Manchester City selepas kedua-dua pasukan mengharungi 37 perlawanan.

Sementara itu, Klopp memuji semangat juang para pemain The Reds yang bangkit menyaingi The Saints walaupun menurunkan pasukan kedua dalam perlawanan tersebut.

"Sejujurnya saya tidak pernah mempunyai sebuah pasukan berjiwa besar seperti dalam perlawanan ini.

"Setiap mereka sentiasa memberi tekanan yang pada penghujung perlawanan menyaksikan satu keputusan yang amat menakjubkan dan cukup amat istimewa," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!