Remy dedah masalah kemurungan, tekanan

Remy Ishak - Foto Istagram
Remy Ishak - Foto Istagram
A
A
A

BERITA perpisahan antara aktor berbakat besar, Remy Ishak akhirnya dan tunangnya, Ezza Yusof, Rabu lalu ternyata mengejutkan ramai.

Memberi alasan kerana tidak lagi bersedia untuk ke fasa seterusnya dan komitmen besar yang ditanggung, Remy juga meminta sedikit masa lagi untuk menjawab segala persoalan yang berlegar di minda peminat.

Katanya, dia akan tampil dengan buku Sedekad bulan hadapan dan ia akan menceritakan segala-gala tentang dirinya dalam tempoh 10 tahun di dalam industri.

"Buku itu akan ceritakan segala-gala, segala rahsia yang saya pendam, apa jua yang saya lalui iaitu masalah kemurungan, tekanan, komitmen saya dan bagaimana saya cuba kekal relevan dengan kemunculan bintang baharu.

"Cerita itu saya kumpulkan dari tahun 2009 hingga 2019

"Saya berharap menerusi buku itu orang lain akan boleh menilai kenapa saya tidak boleh ke fasa seterusnya. Kalau saya jelaskan sekarang, setiap orang ada pemahaman yang berbeza

"Cuma yang saya tak cerita adalah mengenai orang lain atau perhubungan yang lalu," katanya yang menafikan putus tunang ini adalah sebahagian daripada gimik pelancaran buku itu.

Dulu muntah minum susu, tapi...

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Remy berkata, dia kini sibuk mempromosikan produk minuman berasaskan buah-buahan dan susu iaitu Origina.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia sebelum ini mempunyai masalah untuk minum susu kerana tidak sesuai dengan produk berasaskan tenusu.

Remy Ishak - Foto Istagram
Remy Ishak - Foto Istagram

Namun apabila meminum Tamar Milk dari Origina, dia mendapati tidak sakit perut seperti kebiasaannya dan 'jatuh hati' dengan produk berkenaan.

"Ketika awal-awal pihak Origina nyatakan hasrat mereka, saya ada menolak kerana saya tahu perut saya tak sesuai minum susu.

"Tapi ketika sesi perbincangan, saya tengok ramai yang minum dan nampak sedap. Jadi saya cuba dan tak sangka perut saya sesuai.

"Secara tidak langsung ia buat saya tertarik untuk mengetahui mengenai produk Origina dan seterusnya sama-sama membantu memasar dan berkongsi kebaikan produk ini pada pengguna," ujarnya.

Tambah Remy, susu dari Origina telah diimport dari luar negara, namun segala proses penghasilan produk di buat di sini.

Orginia tampil dengan produk berasaskan susu seperti Tamar Milk, Chocolate dan Milk Tea; jus buah-buahan seperti Black Tea Apple dan Black Tea Lemon; serta jus iaitu apple, blackcurrant, delima, nenas dan durian belanda.