Tak sangka kejutan nak cucu balik kampung bertukar tragedi

Nor Hasidah cuba menenangkan besannya, Selmor Salleh yang tidak dapat menahan air mata setelah mendapat tahu anak dan cucu mereka meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Kampung Badong, di sini, hari ini.

A
A
A

PEKAN - Kejutan kepulangan anak cucunya ke kampung hari ini bertukar tragedi apabila dimaklumkan kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak pagi tadi.

Gayah Mat Ariff,54 ibu kepada Nor Hasidah Asbullah, yang meninggal dunia bersama dua lagi anaknya dalam satu kemalangan pagi tadi terkejut apabila diberitahu berita itu.

"Mereka nak buat kejutan balik kampung tanpa bagi tahu kami, tapi, kejutan lain pula...," katanya.

Gayah berkata dia langsung tidak tahu anak-anak dan cucu-cucunya itu akan pulang ke rumahnya di In Situ Hulu Berang, Terengganu dan sebak apabila mengetahui anak dan dua cucunya,Muhammad Iffat Rizqi,2, Nur Auni Athirah,8, meninggal dunia.

Menurutnya, berita tersebut hanya diketahui melalui rakannya di pejabat yang menunjukkan gambar kemalangan yang tular di media sosial.

"Masa tu saya sedang bekerja di pejabat Felcra, bila dapat tahu saya cuba hubungi anak saya untuk kepastian namun tak ada jawapan.

"Saya cuba hubungi anak-anak lain untuk tanya mereka mengenai kemalangan itu, dan mereka semua harap kakak mereka selamat hinggalah dapat maklumat anak saya meninggal dunia pada jam 12 tengah hari tadi," katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Pekan di sini, hari ini.

Nor Hasidah cuba menenangkan besannya, Selmor Salleh yang tidak dapat menahan air mata setelah mendapat tahu anak dan cucu mereka meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Kampung Badong, di sini, hari ini.
Nor Hasidah cuba menenangkan besannya, Selmor Salleh yang tidak dapat menahan air mata setelah mendapat tahu anak dan cucu mereka meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Kampung Badong, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Gayah berkata, setelah mengetahui tentang pemergian tiga beranak itu, dia tidak berhenti menangis dan ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Mengulas perwatakan anak dan cucunya, Gayah berkata, Nor Hasidah merupakan anak yang sopan dan baik di samping sering bertanyakan khabar dirinya di kampung.

"Cucu saya sangat manja dengan saya... diorang panggil saya tok wan dan bila dah balik kampung ibu dan ayah mereka ajak berjalan pasti tak nak ikut sebab nak ikut saya.

"Kali terakhir saya jumpa mereka ketika cuti Tahun Baharu Cina, mereka ada balik kampung tapi, tak ada sikap pelik dan itulah saat terakhir saya jumpa dengan anak dan cucu-cucu saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut bertembung lori

Tiga beranak maut termasuk dua kanak-kanak berusia 2 tahun dan 8 tahun, selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Kampung Badong, di sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia ialah isteri kepada pemandu MPV terbabit, Nor Hasidah Asbullah, 32 tahun dan dua anak mereka, Muhammad Iffat Rizqi 2 tahun dan Nur Auni Athirah, 8 tahun.

Pemandu MPV, Kamaruddin Mohd Zin, 33 dan seorang lagi anak mereka, Nur Syadni Syakirah, 3 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Sementara itu, Selmor Salleh, 61, ibu kepada Kamaruddin menangis sehingga pengsan apabila diberitahu menantu dan cucunya maut dalam kemalangan tersebut.

"Kami sekeluarga tak langsung mengetahui dia dalam perjalanan pulang ke Hulu Berang dan selalunya bila dia balik dia akan bagi tauu kami dia ingin balik.

"Sehinggalah saya dapat panggilan daripada anak saya mengatakan anak menantu dan cucu saya meninggal dunia dalam kemalangan tersebut," katanya.

Jenazah Nor Hasidah dan dua anaknya akan dibawa pulang ke In-Situ Hulu Berang untuk urusan pengebumian.