Tajuddin dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Tajuddin yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerusi portal berita Malaysiakini.

“Memang benar,” katanya ringkas menerusi portal berita tersebut.

Sementara itu, Malaysia Now pada Selasa memetik sumber diplomatik yang mendedahkan bahawa pelantikan Tajuddin telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Indonesia di bawah Presiden Joko Widodo.

Pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Tajuddin, 74, sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Presiden Joko Widodo pada November lalu.

Ketika ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq mengetuai anggota kedutaan negara di sana.