Skuad sepak takraw lelaki raih perak, wanita raih gangsa

Pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Afifuddin Razali membuat halangan ketika menentang pasukan Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan antara regu sepak takraw lelaki pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Sukan Hoang Mai hari ini. Foto Bernama

A
A
A

SKUAD sepak takraw negara terpaksa berpuas hati apabila meraih pingat perak bagi acara sepak takraw antara regu Sukan SEA Hanoi 2021 setelah tewas 18-21, 13-21 kepada Thailand pada aksi final di Pusat Sukan Hoang Mai, Hanoi petang tadi.

Keputusan berkenaan sekali gus mengulangi pungutan pingat perak bagi acara berpasukan lelaki, 15 Mei lalu.

Pemain sepak takraw wanita kebangsaan Kamisah Khamis melakukan rejaman ketika menentang pasukan Thailand pada saingan liga sepusingan acara regu sepak takraw wanita pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Sukan Hoang Mai hari ini. Foto Bernama

Sementara itu, bagi skuad sepak takraw wanita negara meraih gangsa apabila berjaya menewaskan Kemboja, 21-10, 21-7

Seperti skuad sepak takraw lelaki, keputusan berkenaan juga mengulangi kejayaan meraih gangsa bagi acara berpasukan wanita, 15 Mei lalu.