X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1

Jabatan Kesihatan Filipina mengesahkan penularan tempatan melibatkan kes subvarian Omicron BA.2.12.1. - Gambar hiasan
A
A

MANILA - Jabatan Kesihatan Filipina pada Selasa mengesahkan penularan tempatan melibatkan kes subvarian Omicron BA.2.12.1, lapor Xinhua.

Timbalan Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire berkata, kluster tempatan membabitkan varian BA.2.12.1 dikesan di Metro Manila, wilayah Visayas Barat dan bandar Puerto Princesa di wilayah Palawan.

"Ini bermakna kes yang dikesan di wilayah ini tidak mempunyai kaitan dengan kes import," kata Vergeire dalam taklimat media secara maya.

Filipina telah mengesan 17 kes membabitkan subvarian BA.2.12.1 setakat ini.

Sehingga kini Filipina telah merekodkan 3,688,292 kes jangkitan Covid-19 termasuk 60,458 kematian.

Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan purata 157 kes sehari. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!