X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Awal Ashaari tak mengaku rosakkan palang pagar

A
A

BERITA SEMASA 17 MEI 2022

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas satu pertuduhan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pada jam 11.30 pagi 16 April lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca artikel penuh di sini:https://bit.ly/3LmKrwQ

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!