Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki bawa anak edar dadah dicekup

Ditahan

Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil-pil dadah yang dirampas menerusi suspek di Kuala Krai dan Pasir Mas pada Selasa.
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil-pil dadah yang dirampas menerusi suspek di Kuala Krai dan Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Taktik ahli sindiket warga Thailand yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan membawa anak kecil ketika mengedar dadah terbongkar apabila ditahan bersama pil kuda bernilai RM 480,000 di Kuala Krai pada Ahad lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan ketika membawa anak perempuan yang berusia lima tahun pada jam 5.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota serta pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuala Krai melakukan serbuan terhadap suspek di hadapan sebuah pasar raya di daerah itu.

“Suspek ketika itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang berdiri di tepi sebuah kereta jenis Toyota Avanza berwarna hitam di tempat letak kereta pasar raya tersebut.

“Serbuan dilakukan dan pemeriksaan di dalam kereta menemukan satu beg 'tote' yang berisi lapan bungkusan yang mengandungi 48,000 biji dadah jenis pil kuda dianggarkan bernilai RM 480,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, suspek dipercayai ahli sindiket dan mempunyai rangkaian di negara jiran, Thailand dengan menyeludup masuk bekalan dadah bagi pasaran di sekitar Bachok.

“Suspek tidak bekerja dan tidak mempunyai rekod lampau namun ditahan reman seminggu bermula Isnin lalu sehingga Ahad ini bagi membantu penyiasatan polis.

“Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM440. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Zaki  (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada seorang lelaki warga Thailand.
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada seorang lelaki warga Thailand.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas pada Rabu dan Selasa lalus selepas penemuan dadah jenis kuda serta heroin bernilai RM 26,660.

“Dua suspek yang bekerja sebagai tukang cat berusia 38 dan 37 tahun itu ditahan kerana memiliki 50 biji pil kuda dan enam botol berisi serbuk dipercayai dadah jenis heroin seberat 30 gram dalam sebuah beg silang di dalam raga motosikal yang dinaiki di jalan Tendong.

“Dalam kes berasingan, seorang penternak berusia 33 tahun ditahan kerana penemuan satu bungkusan berisi 1,616 pil kuda dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka positif dadah jenis metamphetamine dan dua daripada mempunyai enam serta tujuh rekod lampau.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.