The Cut tarik balik artikel perkahwinan Priyanka Chopra

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Majalah The Cut yang diterbitkan di New York menarik balik artikel mengenai perkahwinan aktres Bollywood, Priyanka Chopra dengan pemuzik Amerika Syarikat, Nick Jonas.

Laporan itu menerima kecaman peminat Priyanka dan bintang Bollywood yang lain kerana terdapat ayat dan perkataan tidak sesuai.

Selepas semakan dibuat, majalah itu memutuskan menarik balik artikel berkaitan dan mengemukakan permohonan maaf.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kain layah Priyanka Chopra sepanjang 22 meter]

Priyanka, 36, dan Nick, 26, melangsungkan perkahwinan mereka di Jodhpur, India pada Sabtu.

Aktress jelita itu pernah memenangi gelaran Miss World 2000 dan membintangi banyak filem Bollywood serta terlibat dalam siri drama televisyen ABC Quantico.

Bintang Bollywood, Sonam Kapoor dalam twitternya, menyifatkan artikel itu "seksis, rasis dan menjijikkan."

Upacara perkahwinan mewah dan gilang gemilang pasangan suami isteri itu di Rajasthan turut dihadiri lelaki terkaya India, Mukesh Ambani.

Artikel Berkaitan:

Sementara, Perdana Menteri, Narendra Modi hadir pada majlis yang berlangsung di New Delhi, Selasa. - Bernama