Kerajaan peruntuk RM79.6 juta untuk BHN veteran ATM

Mohamad Sabu (kanan) ketika sidang media pada jamuan teh sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di Resorts World Langkawi hari ini. - Bernama
Mohamad Sabu (kanan) ketika sidang media pada jamuan teh sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) edisi ke-15 di Resorts World Langkawi hari ini. - Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Kerajaan memperuntukkan RM79.6 juta untuk diagihkan kepada semua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak menerusi inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 bermula 27 Mei ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata BHN 2019 adalah inisiatif baharu menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia 2013 (SVTB1M) yang akan dibayar kepada veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

“Walaupun kerajaan menghadapi kekangan kewangan, bagi menghargai pengorbanan veteran ATM, kerajaan masih mampu memperuntukkan RM79.6 juta untuk pelaksanaan BHN 2019 kepada penerima yang lebih ramai iaitu sejumlah 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen berbanding hanya 43,000 veteran ATM tidak berpencen yang menerima inisiatif BBN 2017.

“Ia adalah usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya pada sidang media di pusat media Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, hari ini.

Menurutnya, peruntukan itu memabitkan 100,762 veteran berpencen dan 58,606 tidak berpencen akan menerima RM500 secara sekali gus,

“Antara kelayakan BHN 2019 ialah telah tamat tempoh perkhidmatan sebelum 31 Dis 2019 dan bermastautin di Malaysia serta mempunyai pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

"Segala urusan BHN 2019 dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang akan menyediakan kemudahan pendaftaran dan permohonan bagi menentukan kelayakan serta meluluskan permohonan, pemakluman status permohonan serta melaksanakan pembayaran ke akaun bank penerima BHN 2019,” katanya.

Mohamad berkatan, permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 akan dibuka pada 14 April ini.

Artikel Berkaitan:

“Semoga dengan pemberian BHN 2019 ini akan dapat membantu veteran ATM dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup pada masa kini,” katanya. - Bernama