Gerrard laungkan amaran kebangkitan

Gerrard. - Foto Getty Images
Gerrard. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard melaungkan amaran kepada Burnley bahawa skuad kendaliannya itu akan bangkit bagi mencatatkan kemenangan setelah terikat 1-1 ketika berdepan Crystal Palace Ahad lalu.

Menurutnya, kesebelasan Vill kini dilihat bersemangat untuk berdepan The Clarets dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan dalam kelompok pertengahan carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Setelah kecewa akibat terikat 1-1 dengan Crystal Palace, kita berazam untuk bangkit dengan mencatatkan kemenangan pada baki dua perlawanan terakhir musim ini.

“Oleh itu, sudah tentu kita mahu memastikan kemenangan ketika berdepan Burnley di hadapan penyokong sendiri dan seterusnya menamatkan saingan musim ini dengan berada pada kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Aston Villa kini berada pada kedudukan ke-14 carta liga dengan 44 mata hasil 13 kemenangan, lima seri dan tewas 18 kali daripada 36 perlawanan.

Dengan berbaki dua perlawanan, Villa dilihat berpeluang untuk menamatkan saingan EPL musim ini pada kedudukan yang lebih baik jika mencatatkan kemenangan pada dua perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Gerrard mahu setiap pemain Villa beraksi sebaik mungkin dan cuba mendominasi perlawanan berkenaan.

“Pemain perlu memastikan perlawanan menentang Leicester berada dalam kawalan mereka sepenuhnya.

“Biarpun ia mungkin satu tugas yang sukar, namun saya percaya pemain mampu melakukannya (menang),” katanya.