Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat Sri Lanka diingat siap sedia tempuh kesusahan

Ranil Wickremesinghe - Foto Reuters
Ranil Wickremesinghe - Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengingatkan rakyatnya supaya bersiap sedia menghadapi kesusahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi susulan krisis kewangan negara yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Wickremesinghe berkata, "adalah menjadi satu cabaran bagi perbendaharaan mencari AS$1 juta" berbanding rizab pertukaran asing negara sebanyak AS$7.5 bilion pada November 2019.

Kementerian Kewangan mendapati sukar untuk mengumpul AS$5 juta bagi tujuan mengimport gas, katanya.

Rakyat Sri Lanka menyuarakan bantahan terhadap cara kerajaan mengendalikan krisis ekonomi sejak beberapa minggu lalu, hingga menyebabkan kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain.

"Kita perlu dapatkan kira-kira AS$75 juta dalam tempoh beberapa hari akan datang. Pada masa ini, kita hanya mempunyai bekalan petrol untuk satu hari.

"Terdapat kekurangan ketara dalam bekalan ubat-ubatan penting termasuk melibatkan penyakit jantung serta peralatan pembedahan.

"Bayaran belum dijelaskan kepada pembekal ubat, peralatan perubatan dan makanan untuk pesakit sejak empat bulan lepas. Hutang terkini berjumlah SLR 34 bilion (kira-kira AS$94 juta)," katanya.

Di tengah-tengah kemarahan dan tunjuk perasaan semakin meningkat, Wickremesinghe memikul tugas sebagai Perdana Menteri menggantikan Mahinda Rajapaksa yang meletak jawatan pada 9 Mei.

Artikel Berkaitan:

Wickremesinghe dalam ucapannya mencadangkan beberapa langkah bagi menangani krisis antaranya mencetak wang, penswastaan Syarikat Penerbangan Sri Lanka, dan bajet alternatif baharu.

"Beberapa bulan akan datang adalah tempoh sukar dalam hidup kita. Kita mesti mempersiapkan diri untuk berkorban dan berdepan cabaran dalam tempoh sukar ini," katanya. - Bernama