Gmie Screen sebak terima menantu

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Gmie Screen berkongsi momen indah saat menyambut menantu sulung apabila anak perempuannya, Siti Hadirah selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhammad Ridzzuan pada Ahad lalu.

Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim ternyata tidak dapat menahan perasaan sebak sebaik sahaja anaknya selamat dijabkabulkan.

No Image Caption

Apatah lagi dia sendiri yang menikahkan anak perempuan kesayangannya itu. Menerusi perkongsian sebuah video di laman Instagramnya, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Bila Cinta Di Dusta ini terus mencium kedua pipi menantunya sebaik sahaja selesai lafaz akad.

No Image Caption



No Image Caption



“Selamat Pengantin Baru Anakku! Selamat Datang Anak Menantu! Doa yang baik-baik sentiasa untuk kamu. Aamiin,” tulis Gmie pada kapsyen.

Artikel Berkaitan:


Pada majlis tersebut, turut kelihatan ramai artis dan selebriti yang turut hadir meraikan pengantin. Antaranya termasuklah Ameng Spring, Zarul Hussien, Datuk Nash, Rohana Jalil, Rahim Sepahtu, Herman Tino, Salwa Abd Rahman, Bagio Damsutra dan ramai lagi.