X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Ronaldo mampu 'pulihkan' United

Ten Hag mahu kekalkan Ronaldo di Old Trafford.
A
A

PENGURUS baharu Manchester United, Erik ten Hag mahu mengekalkan Cristiano Ronaldo di Old Trafford bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk mengharungi saingan musim hadapan.

Menurut pengendali kelahiran Belanda itu, Ronaldo yang disifatkan sebagai 'gergasi' dilihat mampu memainkan peranan penting dalam pasukan.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya. Ronaldo adalah gergasi kerana apa yang dia sudah tunjukkan dan saya rasa dia mempunyai cita-cita yang sangat tinggi.

"Sudah tentu saya mahu mengekalkannya. Dia sangat penting untuk Manchester United tahun ini dan menunjukkan statistik yang hebat," katanya.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa Ronaldo sedia meninggalkan Manchester United pada musim panas ini sekiranya kelab itu tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Difahamkan terdapat perbincangan minggu ini antara wakil Ronaldo dan Richard Arnold yang akan mengetuai United pada awal bulan depan.

Dalam pada itu, Ten Hag turut memaklumkan bahawa beliau memulakan tugasan bersama The Red Devils lebih awal selepas dibenarkan berbuat demikian oleh bekas majikannya, Ajax Amsterdam.

"Saya dan pihak pengurusan United sudah bersetuju untuk benarkan saya bekerja di kelab ini dengan lebih awal iaitu bermula 16 Mei ini.

"Ini kerana masih banyak perkara perlu dilakukan sebelum mengharungi kempen musim hadapan.

"Antara perkara yang perlu saya lakukan adalah mengenai pengisian kakitangan dan komposisi pemilihan. Saya akan membuat penilaian dan itu mesti dilakukan dengan berhati-hati," katanya


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!