Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.15 pagi, Mei 2022 naik 8.5 mata kepada 1,551.5, Jun 2022 dan September 2022, masing-masing meningkat 9.5 mata kepada 1,551.0 dan 1,540.0 manakala Disember 2022 tidak diniagakan pada 1,533.0.

Jumlah dagangan sebanyak 921 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,471 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 9.60 mata kepada 1,554.01 daripada 1,544.41 pada Jumaat selepas 30 minit dagangan. - Bernama