Inkues Adib: Video lakonan semula ditayangkan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Video lakonan semula pengunduran Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terlibat dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman November lalu ditayangkan di Mahkamah Koroner hari ini.

Video yang berdurasi 2.50 saat itu dan dilakonkan oleh individu sama ketika bertugas dalam rusuhan, ditayangkan selepas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Syazlin Mansor untuk merujuk kepada kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pakar Bedah Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Doktor Ahmad Hafizam Hasmi berkata, beliau tidak berada di lokasi sewaktu rekonstraktif itu dilakukan.

Bagaimanapun ia dilakukan berdasarkan input dan bukti perubatan yang diperoleh oleh pihaknya.

Selain itu, baju celoreng milik Muhammad Adib turut dikemukakan dan mendapati tiga butang iaitu butang pertama, kedua dan keempat tercabut.

Syazlin: Kalau ada orang tarik dan menggenggam di bahagian butang satu dan dua serta kawasan perut, adakah ia akan meninggalkan kesan?

Saksi: Puan Koroner, yang pertama, adalah sangat sukar untuk menarik baju seseorang yang berada di dalam kenderaan walaupun pintu terbuka.

Yang kedua, jika butang ini tercabut, tarikan secara paksaan ini akan mengakibatkan bukan sekadar butang tercabut, namun kemungkinan ada koyakan pada baju.

Artikel Berkaitan:

Paksaan yang kuat di leher akan menyebabkan geseran kecederaan mana ia tidak dijumpai pada si mati," katanya pada pemeriksaan balas oleh Syazlin.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok.

Seorang Pakar Kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia dan orang awam dijangka memberi keterangan.