X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Bale mungkin tinggalkan Real

Gareth Bale
A
A

PEMAIN sayap Real Madrid, Gareth Bale berkemungkinan besar tidak akan kekal di Santiago Bernabeu pada musim hadapan.

Perkembangan itu diakui sendiri ejen kepada pemain Bale, Jonathan Barnett yang memberitahu apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut hanya akan dibuat selepas perlawanan akhir play off Piala Dunia 2022 pada Jun ini.

"Bale akan meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini. Bagaimanapun, keputusan itu berganntung sama ada Wales layak ke Piala Dunia atau tidak.

"Destinasi pilihannya kini mungkin untuk kembali ke England. Jadi kita tunggu dan lihat sama ada Wales mampu untuk ke Piala Dunia atau tidak," katanya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Bale akan meninggalkan Los Blancos selepas dia hanya bermain tujuh perlawanan bersama kelab itu pada musim ini.

Malah pengendali Real, Carlo Ancelotti sebelum ini memberitahu media bahawa Bale pernah meluahkan hasratnya untuk berhijrah ke kelab lain pada penghujung musim.

Difahamkan, kelab liga divisyen satu inggeris Cardiff antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Bale sekiranya pemain itu benar-benar mahu meninggalkan Real.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!