Satu PPS dibuka di Baling

Sebuah PPS dibuka di SK Tawar, Baling bagi menempatkan mangsa banjir.
Sebuah PPS dibuka di SK Tawar, Baling bagi menempatkan mangsa banjir.
A
A
A

BALING - Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar di sini, kira-kira jam 8.10 malam bagi menempatkan mangsa banjir, pada Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kesemua mangsa terjejas dari 22 rumah di Kampung Padang Setol, Baling.

Bagaimanapun katanya, jumlah keluarga dan pecahan mangsa terlibat masih dalam siasatan dan pengiraan.

"Hujan lebat berterusan sejak jam 1 petang menyebabkan paras air Sungai Sedim berada pada tahap waspada," katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk terjejas banjir dipindahkan ke SK Tawar Baling Kedah.
Penduduk terjejas banjir dipindahkan ke SK Tawar Baling Kedah.

Dalam pada itu, pada jam 2.30 petang, pihaknya dimaklumkan Kampung Bukit Iboi dan Kampung Charuk Kapas mula dinaiki air, namun mula surut jam 5 petang.

Beliau berkata, walaupun hujan renyai di sesetengah tempat namun trend air sungai masih dalam keadaan menaik dan waspada di beberapa lokasi.

"Namun terdapat juga kawasan banjir telah surut. APM sentiasa melakukan pemantauan di kawasan banjir dan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," katanya.