Jalan Kampung Batu - Inas menghala ke Kuala Pilah ditutup

Jalan Kampung Batu - Inas menghala ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong di sini, ditutup dikedua-dua arah selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.
Jalan Kampung Batu - Inas menghala ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong di sini, ditutup dikedua-dua arah selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.
A
A
A

KUALA PILAH - Jalan Kampung Batu - Inas menghala ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong di sini, ditutup dikedua-dua arah selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

"Setakat ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan pasukan penyelamat dan agensi bertanggungjawab.

"Kejadian itu dipercayai berlaku lebih awal berikutan hujan yang agak lebat sejak tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ujarnya, buat masa ini, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Kampung Sri Repah, Tampin untuk ke Kuala Pilah mahupun Rembau untuk semua jenis kenderaan.

"Ia berikutan laluan berkenaan masih sedang dinilai kesesuaiannya untuk dilalui bagi tujuan keselamatan," katanya.