X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Aliran trafik ke Kuala Lumpur sesak

Aliran trafik sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke MRR2 dilaporkan mengalami kesesakan sepanjang 3.7 km.
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dilaporkan sesak sekitar jam 4.13 petang susulan banyak kenderaan menuju ke ibu kota, pada Isnin.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter melaporkan, aliran trafik sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilaporkan mengalami kesesakan sepanjang 3.7 kilometer.

Trafik di laluan ke arah barat dari Lentang menuju ke Bukit Tinggi pula dilaporkan bergerak perlahan.

Sementara itu, aliran trafik dari Bukit Tinggi menghala ke Lentang mengalami kesesakan sejauh 4.8 kilometer (km) akibat kemalangan di Kilometer 46.45.

LLM menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ekoran cuaca hujan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!