300 rumah di sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat

Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi. - Gambar hiasan
Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.13 tengah hari namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

"Pihak bomba hanya melakukan pemantauan di kawasan terlibat.

Kesemua mangsa yang terjejas telah berpindah sendiri ke kawasan selamat," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat terkini diterima pihaknya, paras air yang dianggar sedalam 0.3 meter itu mulai surut dan semua jalan boleh dilalui kenderaan. - Bernama