Kedai Anda milik Uncle Kentang tawar harga barang RM1

Kedai Anda beroperasi di LRT Taman Perindustrian Puchong.
Kedai Anda beroperasi di LRT Taman Perindustrian Puchong.
A
A
A

PUCHONG - Kedai Anda diusahakan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang menawarkan harga RM1 bagi setiap pembelian barangan di kedai tersebut.

Menerusi kemas kini di Facebook Uncle Kentang, Chee Heng berkata, kedai terletak di transit aliran ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong itu akan beroperasi pada Sabtu antara jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

Menurutnya, jualan murah barangan terpakai itu sebagai inisiatif membantu golongan memerlukan.

"Orang ramai yang mempunyai barangan terpakai yang tidak lagi mahu digunakan juga dialu-alukan untuk menyumbang kepada mereka yang lebih memerlukan.

"Antaranya kasut, perabot, televisyen lama, perkakasan rumah dan dapur, peti sejuk, alat permainan, kereta sorong bayi dan lain-lain," katanya menerusi kemaskini di Facebook pada Isnin.

Hebahan Kedai Anda di Facebook Uncle Kentang pada Isnin.
Hebahan Kedai Anda di Facebook Uncle Kentang pada Isnin.

Katanya, Kedai Anda juga turut menerima sumbangan berbentuk makanan seperti beras, minyak, gula dan biskut yang boleh membantu keluarga miskin.

"Pemberian yang sedikit ini tidak akan membuatkan anda miskin sebaliknya bertambah kaya.

"Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Albert di talian 011-6512 1288 atau Martin 03-8065 6666," katanya.