Dua maut, tiga cedera kejadian tembakan di pasar karat di AS

Dua maut di tempat kejadian dan tiga lagi parah dalam insiden tembakan di pasar karat di Houston, Texas Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Dua maut di tempat kejadian dan tiga lagi parah dalam insiden tembakan di pasar karat di Houston, Texas Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
A
A
A

HOUSTON - Dua maut di tempat kejadian dan tiga lagi parah dalam insiden tembakan di pasar karat di Houston, Texas Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Xinhua.

Kejadian dipercayai akibat pertengkaran membabitkan lima lelaki, menurut Pejabat Syerif Kaunti Harris.

Kesemua mangsa berusia awal dan pertengahan 20-an, berkemungkinan mengenali antara satu sama lain.

Syerif Kaunti Harris, Ed Gonzalez berkata, dianggarkan terdapat 'ribuan' orang awam di pasar itu ketika tembakan dilepaskan.

Dua suspek telah ditahan dan suspek ketiga menerima rawatan di hospital, menurut ABC News.

Sekurang-kurangnya dua pucuk pistol turut dijumpai. - Bernama