X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Covid-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Sebanyak 1,058,626 atau 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat Ahad. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,058,626 atau 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat Ahad.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,644,027 kanak-kanak atau 46.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,904,772 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,404 (96.5 peratus) dari kumpulan yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,064,239 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,113 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,246,597 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 23,148 dos vaksin Covid-19 diberikan pada Ahad melibatkan 9,511 dos pertama, 12,441 dos kedua dan 1,196 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,678,279.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Selangor. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!