[VIDEO] Anggota polis guna telefon bimbit ketika memandu disaman

Tangkap layar video tular berdurasi 14 saat memaparkan seorang anggota polis menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya pada Ahad.
Tangkap layar video tular berdurasi 14 saat memaparkan seorang anggota polis menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis telah mengambil tindakan saman terhadap anggotanya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Proton Preve di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan sebuah video tular berdurasi 14 saat memaparkan berkaitan insiden tersebut.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 9 pagi Ahad, anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas," tegasnya.