X

Kindly register in order to view this article
!

GRO rumah urut ditahan Imigresen

Antara yang ditahan dalam serbuan itu.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 19 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor dalam Ops Gegar awal pagi tadi.

Operasi yang bermula jam 9 malam hingga 4 pagi tadi diadakan di empat lokasi berbeza di sekitar Petaling Jaya.

Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, seramai 30 orang warga asing diperiksa dan 19 daripada mereka atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, kesemuanya berusia 20 hingga 40 tahun berasal dari Thailand, Vietnam dan Loas.

"Operasi kali ini mensasarkan premis urut dan hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran.

"Serbuan pertama dilakukan di Damansara Utama, diikuti serbuan ke dua di Kayu Ara seterusnya serbuan ke tiga dan ke empat Kota Damansara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Shukri berkata, dalam serbuan ini terdapat GRO yang cuba melarikan diri.

"Terdapat juga penjaga premis bertindak mengunci pintu premis dari dalam setelah menyedari kehadiran anggota operasi namun berjaya digagalkan anggota Imigresen.

"Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen dan seterusnya akan di tahan di Depot Imigresen Semenyih," katanya.