Sila log masuk terlebih dahulu.

Coutinho mahu bawa Aston Villa kembali ke Eropah

Aksi Coutinho bersama Aston Villa ketika berdepan Liverpool semasa aksi liga di Villa Park, pada 10 Mei lalu. FOTO: AFP
Aksi Coutinho bersama Aston Villa ketika berdepan Liverpool semasa aksi liga di Villa Park, pada 10 Mei lalu. FOTO: AFP
A
A
A

PHILIPPE Coutinho menyasarkan untuk membantu Aston Villa kembali ke Eropah selepas menandatangani perjanjian empat tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dari gergasi La Liga, Barcelona.

“Kami boleh melakukan lebih baik daripada yang dilakukan pada tahun ini dan antaranya kembali semula ke saingan Eropah. Saya juga percaya dengan keupayaan setiap para pemain dan kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan kelab sepanjang berada di sini.

“Ya, saya percaya di situlah sebenarnya kami perlu berada, bermain di pentas Eropah,” kata Coutinho.

Untuk rekod, bekas juara Piala Eropah ( kini Liga Juara-Juara) 1982, itu tidak beraksi dalam kejuaraan utama benua itu sejak kekalahan play-off Liga Europa kepada kelab Austria, Rapid Vienna 12 tahun lalu.

Pemain Brazil berusia 29 tahun itu, yang berpindah dengan bayaran bernilai £17 juta (RM91.17 juta) mempamerkan aksi mengagumkan sejak tiba di kelab Birmingham itu secara pinjaman pada Januari selepas bergelut untuk memberi impak di Sepanyol.

Mengenai penampilan semula bersama pengendali, Steven Gerrard di Villa Park, Coutinho jelas gembira dapat bersatu semula dengan bekas pemain tengah England itu.

“Dia percaya kepada saya. Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain dan saya berasa sangat dialu-alukan daripada beliau dan kakitangannya apabila saya tiba di sini.

“Dia seorang pengurus hebat, pastinya saya gembira diuruskan olehnya dan kakitangannya. Cita-citanya tinggi dan saya percaya ia perkara yang sama yang memerlukan kerjasama dan usaha keras semua untuk mencapai perkara ini. Saya sangat percaya dengan kelab ini dan sebabnya saya menandatangani di sini. Saya sangat gembira,” katanya.

Artikel Berkaitan: